Assalamualaikum, salam sejahtera buat sahabat ana sekalian.Syukur alhamdulillah diri ini masih diberikan kesempatan membuat coretan yang tidak seberapa ini.
Berniqab?
Bagi mereka yang merupakan kenalan rapat ana dan terlebih dahulu mengenali diri ana sebelum ini, pasti tahu ana gemar memakai tudung labuh & berjubah tapi tidak pula berniqab.Keinginan untuk berniqab mula hadir semenjak awal tahun ini, dan hasrat itu ana pendam selama ini.
Sebelum itu, ana sudah mengenali dan mempunyai seorang kenalan yang berniqab.Waktu tu dalam hati ini berkata-kata, "manisnya kakak ni berpurdah".Tapi waktu tu tak terdetik langsung untuk berniqab.
.jpg)
Pandangan suami?
Apabila ana menyatakan hasrat kepada suami untuk berpurdah, suami ana terus memberikan sokongan dan galakkan.Cuma suami ana sedikit risau dengan pandangan keluarga ana nanti.Maklumlah, ana dari keturunan nyonya hokkien, dan hanya ana seorang yang beragama Islam.Jika cara ain berpakaian dan bertudung dahulu pun sudah menimbulkan rasa tidak selesa dikalangan keluarga ana, inikan pula berpurdah.
Pandangan keluarga mertua?
Ana masih ingat lagi ada suatu ketika ana nyatakan hasrat untuk berpurdah kepada ibu mertua ana, inilah nan dengar, "purdah biasanya kat arab je, kalau kat sini nanti orang kata kita masuk Arqam(pertubuhan Islam suatu ketika dahulu)". Ana cuma tersenyum mendengar kata-katanya.Ana cuba menerangkan kepada ibu mertua ana sekadar ana mampu.Mungkin ibu mertua ana kurang faham, namun dia tidak pula melarang setelah ana terangkan hal berpurdah ini.
Pandangan keluarga ana sendiri
Sewaktu ana baru saja memeluk Islam, pernah ibu ana memberitahu bahawa dia tidak keberatan sekiranya ana ingin bertudung, tapi janganlah berpurdah.Ana faham keluarga ana pada waktu itu kurang faham kenapa ada sesetengah muslimah yang bertudung dan ada juga tidak.Alhamdulillah, semakin masa berlalu, semakin mereka faham kenapa ana bertudung dan untuk apa tudung itu sendiri.
Maksud ana adalah, sebelum ni ana tidak menutup aurat, setelah itu, secara perlahan-lahan ana berubah cara berpakaian agar memenuhi tuntutan Islam, tuntutan daripada Allah. Malah, keluarga ana faham wanita Islam diwajibkan menutup aurat dengan betul, bukan sekadar tutup kepala, tetapi seharusnya berpakaian labuh dan longgar, serta bertudung labuh. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya keluarga ana lebih faham walaupun mereka belum memilih Islam sebagai agamanya.
Ana juga harapkan perkara yang sama, moga keluarga ana memahami tujuan ana berniqab suatu hari nanti, insyaAllah.
Alasan Peribadi
Di ketika ana masih bekerja, seringkali kaum Adam cuba untuk merapatkan diri mereka semata-mata ingin berkenalan dengan diri ini, walaupun mereka tahu ana sudah bersuami dan bergelar isteri orang.Sering kali ana mengelak dan sebagai umatNya yang dambakan keredhaanNya, ana tidak terlepas dari ujian yang amat perit apabila dikenangkan kembali.
Kuasa Allah, akibat dugaan diberikan itulah yang membuatkan diri ana lebih peka siapa diri ana sebenarnya..untuk apa ana dilahirkan ke dunia ini.Dan ana tersedar bahawa tiada manusia yang sempurna dan tiada hambaNya yang terlepas dari ujian.
Ana berpegang pada kata-kata ini, Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sesungguhnya jika seorang mukmin melakukan dosa, maka tertorehlah noda hitam dihatinya.Apabila ia bertaubat dan berhenti dari dosa itu dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya menjadi bersih dari noda tersebut...."
Allah S.W.T. berfirman:
"Sesungguhnya taubat disisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya;dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana..".
Ust Hj Zaharuddin
"...Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah..."
Ana tidak bermaksud ana seorang yang cantik rupawan, namun kata-kata ustaz ini ada betulnya memandangkan keadaan masa kini.
Mimpi
Ana pernah didatangi mimpi yang tak mungkin akan nan lupakan hingga ke saat ini.Biarlah antara ana, suami, keluarga terdekat dan Allah sahaja tahu mimpi ana itu.Cuma hidayah dari mimpi itu agak jauh dari diri ini dan hanya ana temui semula maksudnya baru-baru ini.Alhamdulillah...=)
Sahabat Muslimah berniqab
Ana akui ana mempunyai beberapa kenalan yang berniqab, dan sebelum ana mula nekad untuk berpurdah, ana dapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka.Banyak ana pelajari dan ana fahami, bukan mudah untuk berniqab kerana keadaan sekeliling akan memandang berlainan lebih dari dulu.Dan pastinya tekanan akan ada juga nanti.
Kenapa berniqab???
Ust Hj Zaharuddin pernah menulis di dalam blognya:
Banyak perkara yang tidak elok berlaku pada masa kini dan cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral...
~Ia juga salah satu cara ingatan buat diri ana yang sering diuji..
SECARA PERIBADI
Apapun pandangan dan sindiran diterima bagi muslimah yang baru berniqab atau baru saja berjinak-jinak berniqab seperti ana serta muslimah lain yang telah lama berniqab, sabarlah dengan segala dugaan atau ujian mahupun kata-kata yang akan didengar.Ingatlah, Allah menguji hambaNya sekadar yang hambaNya mampu.
Banyak lagi perkara harus ana perbaiki kerana berniqab tidak bermakna ana sudah sempurna.Tiada manusia yang sempurna.Hanya Allah SWT sahaja yang paling sempurna.
Berniqab atau tidak, apa yang penting setiap muslimah harus terus memperbaiki setiap tingkah laku, amal, perbuatan kita agar mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.
Kita semua makhluk yang diciptakan Allah SWT, dan yang membezakan kita adalah amalan masing-masing.Tiada yang lebih baik selain Allah SWT yang telah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Antara adab memakai purdah (peringatan buat diri aa sendiri)
1. Ikhlas kerana Allah, bukan untuk ditunjuk-tunjuk atau berasa diri lebih hebat daripada orang lain.
2. Niatkan untuk mencontohi sunnah (pakaian isteri-isteri Nabi)
3. Istiqamah apabila memakainya.Jangan dipakai mengikut sesuka hati.
# bertemu lagi di coretan akan datang...

.jpg)





0 comments:
Post a Comment