CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 24 March 2012

yang halal sahaja


Aku melihat di sana
Begitu ramai anak muda yang terpesona
Dengan keindahan nafsu dunia
Yang bergejolak membara..
Aku melihat di sana
Begitu ramai nisaa yang sudah hilang mahkotanya
Namun, tiada pula kerisauan terlukis diwajahnya
Tatkala janji manis menjadi galang-gantinya
Namun sampai bila?
Sampai bila kau mampu berpaut pada janji manusia??
Setelah kau serahkan segalanya
Kau akhirnya ditinggalkan merana..
KOMEN-KOMEN MEREKA
“kau ni kolot laa..pakaian macam ni mana ada orang pakai, kau nak tolong mak cik cleaner buat kerja ke”
“hey..come on laa..kita kat sini mana ada parents dah, diorang tak nampak apa yang kita buat kat sini laa..”
“hekelehh..,berlagak waro’ la plak, muda sekali je k..kau jangan nyesal sudah bila dah tak laku..hahaha”
JAWAPAN DAN PENDIRIANKU
Bagiku pakaianku adalah pelindung maruah diriku. Tidak akan sesekali ku tanggalkan, tidak akan sesekali kusingkatkan hanya untuk meraih pandangan dunia. Biarlah aku kolot di matamu asalkan aku selamat dari panahan mata ajnabi. Bukan pandanganmu yang kucari, bukan keredhaan manusia yang kukejari tetapi pandangan Allah SWT jualah yang kuidami.
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa takwa itulah sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
 (Al-A’raf:26)
Kita adalah pemegang amanah, pembawa amanah, penyampai amanah. Itulah tugas kita sebagai khalifah Allah di atas muka bumi milik-Nya ini. Andai manusia tidak melihat, andai manusia tidak nampak adakah kau merasakan dirimu sudah terlepas bebas? Tidakkah kau terfikirkan akan Yang Maha Melihat?? Yang Maha Mengetahui??
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata”
(al-An’aam:59)
Masih adakah masa untuk kita bersuka-suka? Mengejar cinta dunia yang didasari nafsu dan kebodohan manusia dalam mentafsir erti cinta dan kasih sayang?? Sedangkan cinta itu terbentang di hadapanmu. Cinta yang agung!! Ya muda Cuma sekali..tetapi ingatlah jua bahawa mati itu juga sekali. Mahukah kau “pergi” dalam keadaan dirimu dicemari noda dunia? Mampukah kau menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya? Jika jawapannya “tidak” maka, mengapa kau masih terleka, terlena dibuai mimpi-mimpi fatamorgana?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Allah SWT berasa takjub dengan pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan”
(Hadis Riwayat, Ahmad)
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.”
(at-Taubah: 38)

Akan kujaga amanah ini
Sampai suatu ketika setelah sah akadnya
Akan kuserahkan padanya
Insan yang berhak..
Kerana..
Malu rasanya diri ini
Andai mahar yang dibayar si dia
Kubalas dengan pemberian harta amanah yang sudah rosak
Rosak! Punah!!
Akibat perbuatanku sendiri..

Aku tidak ingin rasa bersalah
Kepada bakal zaujanku
Kerana diri yang tidak betah menjaga amanah
Kerana diri yang tidak cermat menjunjung maruah!

Aku ingin dihari terlafaznya akad
aku terima nikahnya
Diri ini tampil dengan fitrah khalusa

“titt..titt..titt..” penulisanku terhenti, tatkala handsetku menunjukkan ada isyarat mesej masuk. Kutekan punat ‘open message’, senyumanku terukir.
‘sayang..,sayang dh makan? Dh mandi?ha? belom! Patutla bau sayang sampai ke ofis abang ni..hehe=b Sayang jgn buat keje berat2 tau, nanti kesian kat baby kita bila sayang dh letih sayang dh tak larat nk usap-usap dia dh..k jga diri, abg sayang sayang, kerana Allah!’,
Tanpa disedari air mataku menitis. Bersyukur. Kuusap-usap kandunganku yang kini sudah beusia 7 bulan.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Adil, dan segala janji-janji-Nya adalah benar. Walaupun dulu aku ibarat halimunan aku bersyukur kerana Allah SWT menjagaku sepanjang waktu itu, sehinggalah di hari aku diamanahkan kepada zaujanku. Alhamdulillah.. berkat limpah rahmat-Mu Ya Allah, kini kumiliki sebuah baitul muslim yang ‘izzah seperti yang Kau janjikan, dan semoga rahmat-Mu senantiasa mengiringi perjalanan bahtera ini.. Amiin~
Hayati dan renungi bait-bait ayat cinta Allah SWT di dalam surah an-Nur ayat 26,
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.
(an-Nur ayat 26)
Akhir kata, duhai an-nisaa’ nilaian dirimu begitu tinggi, kau memiliki 1001 keindahan ciptaan-Nya, justeru janganlah kau rebahkan dirimu sebelum masanya. Andai di dunia ini tidak kau temui sang pemilik kebunmu.. insya-Allah pasti si dia sedang menantimu di pintu syurga!

0 comments:

Post a Comment