CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 19 April 2012

isteri yang dimuliakan

Sejarah telah mencatat beberapa nama wanita dimuliakan Allah dengan syurga,dan di antara mereka ada pula yg dihinakan Allah dengan neraka.Sabda rasullullah s.a.w.:

Seutama-utama wanita ahli syurga adalah Khadijah binti Khuwailid,Fatimah binti Muhammad,Maryam binti Imran dan Asiyah binti Muzahim.

  1. Khadijah binti Khuwailid lahir dalam sebuah keluarga terhormat dan mendapat didikan akhlak yg mulia,sifat yang tegas,mampu menghindari hal-hal yang tidak terpuji sehingga kaumnya pada masa jahiliah menyebutnya dengan at-thahirah(wanita yg suci).Dia merupakan orang pertama yang menyambut seruan iman yang dibawa Muhammad tanpa banyak berdebat,bahkan dia tetap membenarkan ,menghibur ,dan membela rasullullah s.a.w. di saat semua orang mendustakan dan memulaukan baginda.Khadijah telah mengorbankan seluruh hidupnya,jiwa dan hartanya untuk kepentingan dakwah di jalan Allah.Dia rela melepaskan kedudukannya yang terhormat di kalangan bangsanya dan turut merasakan tekanan yg dikenakan pada keluarganya.Peribadinya yang tenang membuatkan beliau tidak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan mengikuti pendapat penduduk negerinya yang menganggap Muhammad sebagai org yang telah merosakkan tradisi luhur bangsanya.Kerana keteguhan hati istiqamahnya dalam beriman inilah Allah menitip salamNYA melalui jibril untuk Khadijah dan menyiapkan rumah baginya di syurga. Jibril datang kepada Muhammad, kemudian berkata :Wahai rasullullah ini Khadijah datang membawa bejana berisi lauk-pauk,minuman dan makanan.Maka ia telah tiba ,sampaikan salamnya dari Rabbnya dan dari Aku ,dan sampaikan khabar gembira untuknya dengan sebuah rumah dari mutiara di syurga,tidak ada kesesakan di dalamnya dan tidak ada pula kepayahan. (H.R Al- Bukhari).
    Besarnya keimanan dan kemuliaan akhlak khadijah sangat membekas di hati rasullullah sehingga baginda selalu menyebut-nyebut kebaikannya walaupun Khadijah telah wafat.Diriwayatkan dari Aisyah,beliau berkata: Rasullullah hampir tidak pernah keluar rumah sehingga beliau menyebut-nyebut kebaikannya tentang Khadijah dan memujinya setiap hari sehingga aku menjadi cemburu maka aku berkata: Bukankah ia seorang wanita tua yang Allah gantikannya dengan yang lebih baik untuk engkau?Maka beliau marah sampai berkerut dahinya kemudian bersabda: Tidak,demi Allah,Allah tidak memberiku ganti yg lebih baik darinya.Sungguh ia telah beriman di saat manusia lain mendustakanku,dan menolongku dengan harta di saat manusia menjauhiku,dan dengannya Allah mengurniakan anak padaku tidak dgn wanita(isteri) yg lain.Aisyah berkata:Maka aku berjanji utk tidak menjelek-jelekkannya selama-lamanya.

  1. Fatimah binti Muhammad (Fatimah Az- zahra) adalah belahan jiwa rasullullah ,puteri wanita sempurna sifatnya dan kukuh agamanya.Isteri kepada ahli syurga iaitu Ali bin Abi Talib.Dalam shahih Muslim menyebut menurut syarahan nawawi,rasullullah bersabda: Fatimah merupakan belahan diriku.Siapa yg menyakitinya ,bererti menyakitiku. Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap manisnya iman bersama ayah dan suami tercinta.Dia korbankan segala apa yg dia miliki demi mebantu menegakkan agama suami.Fatimah adalah wanita yang penyabar,taat beragama,baik perangainya,cepat puas dan suka bersyukur.


  1. Maryam binti Imran merupakan lambang wanita yang menjaga kehormatan dirinya dan taat beribadah kpd Rabbnya. Beliau rela mengorbankan masa remajanya utk bermunajat mendekatkan diri pada Allah,sehingga Allah memberinya hadiah istimewa seorang nabi dari rahimnya tanpa bapa.

  1. Asiyah binti Muzahim(ratu syahadah) adalah isteri dari seorang penguasa yang zalim iaitu firaun laknatullah alaih.Akibat dari keimanan Asiyah kepada kerasulan nabi Musa,dia harus rela menerima seksaan pedih dari suaminya.Betapa pun besar kecintaan dan kepatuhannya pada suami ternyata di hatinya masih tersedia tempat tertinggi yg dia isi dengan cinta pada Allah dan RasulNYA.Syurga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan yang dia rasakan di dunia akibat meninggalkan kemewahan hidup,budaya dan tradisi leluhur yg menyimpang dari syariat Allah,ditelan begitu sahaja demi kesenangan abadi.Akhirnya Asiyah meninggal dunia dalam keadaan tersenyum meskipun dalam seksaan pengikut firaun. 
    Dari Abu Hurairah,rasullullah bersabda: Firaun memukulkan kedua tangan dan kaki Asiyah dalam keadaan terikat.Maka ketika firaun dan pengikutnya meninggalkan Asiyah,malaikat menaunginya lalu ia berkata : Ya Rabb bangunkan sebuah rumah bagiku di sisiMU dalam syurga.Maka Allah perlihatkan rumah yang telah disediakan utknya di syurga sebelum dia meninggal.
Semua wanita ini adalah yang paling dimuliakan oleh Allah s.w.t. Isteri kesayangan baginda ,Khadijah bersama belahan jiwa baginda,puterinya,Fatimah wajar sekali diangkat menjadi antara wanita yang mendapat kemuliaan oleh Allah kerana mereka adalah tulang belakang rasullullah s.a.w. Manakala,isteri firaun diumpamakan sebagai orang yang beriman ketika dia berkata : Ya tuhanku ,bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMU dlm syurga,dan selamatkanku dari firaun dan perbuatannya ,dan selamatkan aku dari kaum yg zalim.Maryam puteri Imran yg memelihara kehormatannya ,maka kami tiupkan sebahagian dari roh(ciptaan ) kami ,dan dia membenarkan kalimat-kalimat tuhannya dan kitab-kitabnya dan adalah dia termasuk orang-orang yg taat.
Semoga kisah para wanita ini dapat dijadikan pengajaran bagi wanita zaman ini mencermin semula peribadi dan akhlak masing- masing.Fikirkan anda termasuk golongan yg dicintai Allah atau yg dimurkaiNYA?Bagi wanita yang belum berumah tangga ,saat ini merupakan kesempatan besar untuk memperbanyak amalan salih dan mendekatkan diri pada Allah.Dan bagi mereka yg sudah berumahtangga ,selain istiqamah dalam menjunjung syariat islam,kita juga digalakkan membantu suami misali dan umat Islam sejati.Isteri yang sedemikian merupakan harta yang paling berharga.Dari kisah mereka ,kita juga boleh mengambil iktibar bahawa dalam keadaan bagaimanapun,kita harus tunduk kepada syariat Allah dan RasulNYA.Asalkan berada di atas kebenaran,kita tidak perlu takut dibenci oleh masyarakat,sahabat mahupun orang yang paling istimewa di hati kita.
Justeru kewajipan kita adalah menunjukkan yang benar terhadap mereka.Dengan begitu kita akan mendapatkan cinta sejati.Cinta Allah Rabbul Alamin.

0 comments:

Post a Comment